Shopee Piala FA : Perak Lawan Kedah FA

Posted on 27th July 2019 by admin in Sukan - Tags: ,

Salam hormat kepada semua pelawat.. Entri kali ini mohdkhairudin dot com ingin menaip/menulis pandangan berkaitan Perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 di antara Perak menentang Kedah FA. Sebaik sahaja sepak mula dilakukan oleh pemain Kedah.. Pemain Kedah terus membuat serangan ke gawang Perak.. Namun penjaga gol Perak berjaya mendapatkan bola percubaan daripada pemain Kedah. Perlawanan agak sengit dengan keadaan padang yang nampak agak basah dan licin serta Pengadil yang tegas . Kesimpulan yang dapat dibuat untuk separuh masa pertama perlawanan;

pada minit ke-9.. Perak hampir memperoleh gol seandainya peluang rembatan yang diperoleh didalam kotak penalti dapat dimanfaatkan sebaik mungkin..namun rembatan kaki kiri pemain.. tersasar dari pintu gol.

Kapten pasukan Kedah..Baddrol turut mendapat kad kuning dalam usaha mengekang pemain Perak..kalau tak silap pada minit ke-12 beliau menjatuhkan Brandon kalau tak silap.. secara automatik memberikan peluang sepakan percuma kepada Perak.. Namun Perak masih tak dapat mencari gol.

Pemain Perak kalau tak silap Nazirul diberikan kad kuning..

Pada minit ke-13..Perak mendapat sepakan penjuru.. kedudukan masih terikat 0-0

Pada minit ke-30..Brandon merempuh Farhan untuk menghalang kemaraan Farhan menyebabkan Kedah dihadiahkan sepakan percuma..namun sepakan diambil oleh Edgar.. bola tinggi.

Perlawanan terikat dengan seri 0-0 hingga tamat separuh masa pertama.. secara peribadi.. boleh dikatakan peluang untuk membuat gol lebih memihak kepada pemain Perak..Careca tapi banyak peluang tersasar.. tiga peluang rasanya.. hanya sekadar pandangan 🙂 🙂

[Update] Perlawanan semakin sengit pada saat-saat akhir.. banyak percubaan dan sepakan percuma yang diperoleh..namun masih terikat 0-0 hingga ke minit akhir 45 minit yang seterusnya.. Seorang Pemain Perak telah mendapat kad kuning kedua.. terpaksa kekurangan pemain nampaknya Perak..tungguuu keputusan tambahan masa 🙂

Episod tambahan masa akan menentukan samada jaringan milik Perak atau Kedah.. adakah penentuan juara terpaksa menerusi sepakan penalti? tungguuuu

Akhirnya.. pada separuh masa pertama dalam masa tambahan.. Kedah berjaya mendapatkan satu jaringan menjadikan kedudukan Perak (0) – Kedah FA (1)..Hasil jaringan pemain berjersi 20, Fadzrul Danel. Kedah sedang menghampiri detik-detik untuk merangkul Kejuaraan Piala FA tahun 2019

Kedudukan kekal hingga ke minit akhir dan wisel penamat ditiup pengadil perlawanan.. Tahniah buat Kedah FA kerana berjaya menjadi Juara Piala FA edisi 2019. Tahniah juga kepada Perak kerana bertungkus lumus hingga ke minit-minit akhir perlawanan..

Keputusan Muktamad Perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019: Perak (0) vs Kedah FA (1)

terima kasih RTM 🙂
Please follow and like us:
error
Comments Off on Shopee Piala FA : Perak Lawan Kedah FA
  
PRchecker.info

No Comments

No comments yet.

Sorry, the comment form is closed at this time.

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator

 2006-2019 | www.mohdkhairudin.com | Part Time Trader Since 2006
6 visitors online now
2 guests, 4 bots, 0 members
Max visitors today: 23 at 04:45 pm UTC
This month: 26 at 12-01-2019 04:14 pm UTC
This year: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC